Saturday, August 15, 2020

Self-talk

You know self

I think it's time for you to stop playing around and giving yourself excuses.

Take responsibility and keep your focus. Face the reality.

No matter how long you try to run away from it, the reality doesn't change.

You had taken your time to recompose yourself and regain your strength.

You might not be the best of yourself yet, but you cannot let yourself slip any further.

I know it's tiring to persevere through, to keep pushing on, and to give your very best despite of all the odds you are facing.

But it's even more tiring for me to watch you suffer in your inability to decide on which one deserves your attention and energy, and as a result of that, the ending is just gonna hurt you even more.

And whatever it is that hurts you, hurts me too.

So self, let's do this together k?

Let's give our very best and keep on believing in each other, as our strength always lies deep within. Biiznillah.



Saturday, November 30, 2019

Sahabat yang sentiasa bersama




Sahabat itu cerminan diri.
Sahabat itu yang mengingatkan  pabila diri alpa.
Sahabat juga yang mengejutkan pabila diri terlena.
Sahabat juga yang memimpin kembali diri ini tatkala hanyut entah ke mana.

Saya punya seorang sahabat yang terlebih dahulu meninggalkan kami.
Manis orangnya.
Rajin serta konsisten.
Pernah sekali beliau menangis tidak dapat menyelesaikan soalan matematik.
Pernah beliau menangis kerna rindu akan kedua ibu bapa yang kejauhan.
Impian beliau menjadi juruterbang, namun terpaksa dilupakan kerana rabun jauh.
Kemudian beliau nekad untuk menjadi pakar perubatan forensik, tempias pengaruh drama CSI.
Tiga sahabat kemudiannya berjanji  - berusaha sehabis mungkin untuk mencapai cita-cita: beliau untuk menjadi pakar perubatan forensik; sahabat kedua ingin menjadi usahawan wanita berjaya dan saya dengan hasrat untuk menjadi pakar bedah.
Kesungguhan beliau jelas dalam usahanya saban hari.
Dalam mengejar dunia, tidak pernah akhirat terabai.
Kewajipan seharian ditunaikan, dihiasi dengan amalan sunat.
Setelah peperiksaan PMR, masing-masing membawa haluan diri, berpindah ke sekolah pilihan masing-masing.
Tidak sampai dua tahun kemudian, berita pemergiannya mengejutkan dan menghibakan.
Air mata dan doa mengiringi pemergiannya.
Biar jasad tidak lagi bersama, semangat dan tekad beliau yang tidak pernah luntur menghidupkan diri ini.
Agar diri sentiasa ingat akan seutas janji itu.
Terus berusaha untuk mencapai cita-cita.
Terima kasih sahabat, kerana terus bersama dalam perjuangan ini.
Andainya kau tahu, tidak terkira akan berapa kali diri ini putus asa dan culas.
Namun, kesungguhanmu sahabat, dan perjanjian kita terus membakar api perjuanganku, biarpun ada masanya malap, namun tidak pernah padam.
Moga kau berbahagia di sana.
Moga kita bertemu lagi di syurga-Nya.
Sungguh, ku rindu.


Monday, August 12, 2019

Lembah yang paling dalam

Hidup ini, kita sebagai hamba.
Dan sebagai insan biasa, kita tak maksum, yakni tidak sempurna dan boleh melakukan dosa dan maksiat.

Tanggungjawab kita untuk bersabar.
Bersabar dalam ketaatan.
Bersabar dalam menempuh ujian, dugaan dan kesusahan.
Serta besabar dalam menjauhi kemungkaran dan maksiat.

Allahu Allah.
Ada masa, jelek sungguh dosa dan maksiat. Terasa di hati betapa ruginya insan yang terjebak dalam lembah dosa tersebut. 
Biarpun sekecil-kecil dosa, tetap suatu dosa.
Dan seringkali di saat demikian juga, terasa ringan untuk beribadah dan berbuat kebaikan. Biar sekadar mengukir senyuman, menyatakan sayang dan rindu buat keluarga atau memudahkan urusan orang lain.
Maka semoga saat seperti ini berpanjangan dan berjangkit buat orang sekeliling.

Namun, saya ini lemah dan sering lelah.
Sering kali dosa itu kelihatan begitu indah dan manis. Sangat menggiurkan.
Ibadah wajib terasa begitu berat, sering ditangguhkan. Yang sunat usah cakap, agaknya tak terlintas pun di fikiran.
Banyak benar alasan demi alasan yang diiyakan untuk menangguhkan kewajipan.
Seakan yakin punya hayat dan masa lagi meski hakikatnya hanya Allah yang tahu.

Allah Yang Maha Pengampun, ampunkan dosa-dosaku.
Segera pimpinku kembali ke jalan yang Engkau redhai setiap kali aku tersasar.
Segera dorongku ke arah kebaikan setiap kali aku melangkah menjauhi-Mu.
Segera bimbingku kembali ke pangkuan-Mu kerna sesungguhnya aku dalam sebanyak-banyak kerugian sekiranya aku tidak ya Allah.

Moga aku tergolong dalam golongan yang beruntung.
Moga pengakhiranku pengakhiran yang baik.
Moga akhir hayatku semasa daku dalam ketaatan kepada-Mu.
Moga akhir hayatku dalam aku berperang dengan nafsu menjauhi kemungkaran dan perkara yang mengundang murka-Mu.
Moga akhir hayatku dalam keadaan aku pulang ke pangkuan-Mu untuk beroleh maghfirah dan rahmat-Mu, ya Allah.
Sungguh perjuangan ini lelah.
Kurniakan aku kekuatan dan kesabaran untuk istiqamah ya Allah.




Popular Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More