Thursday, April 28, 2011

Take control

Assalamualaikum

Ever felt that you wanna full control of your life?

Get a hold of the Reality...

Did you forget Al-Qadir?


Come on...

Remember Allah, Allah and Allah...

Wahai diri, bangunlah dikau!

Monday, April 25, 2011

~ikatan hati~

Assalamualaikum w.b.t.

Saya minta maaf dengan penulisan yang amat minimum, bila mana timbul perasaan gentar untuk menulis andainya diri tidak dapat melaksanakan mahupun istiqamah dengan apa yang dituliskan...

Cumanya kali ini, amat bersyukur dengan pemberian Allah yang tidak ternilai, itulah ukhuwwah. Belakangan ini, sering kali berkait dengan topik ikatan hati... Allahua'lam, mungkin diri ini sering kali melupakan mereka yang memerlukan, hingga perlu banyak kali diberikan peringatan...

Ikatan hati~ antara dua insan, yang mengharapkan keredhaan Allah sebagai matlamat akhirnya, insyaAllah. Alhamdulillah, syukur kerana diberikan mereka yang tidak penat memberikan peringatan dan pengajaran buat diri yang hina ini. Moga Allah tetapkan hati kami di atas jalan-Nya.

Ikatan hati yang berlandaskan ikatan aqidah pasti membuahkan kemanisan dalam kepahitan. Hmmm, mcm mocha kot? huhu... addicted to coffee.

Smoga diri ini menjadi prihatin terhadap insan lain dan berkasih sayang kerana Allah...

something to share (taken from Risalah Gharamiyah):

Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan golongan para syuhada’. Mereka dicemburui oleh para Anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah.”
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?” Rasulullah menjawab: “Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda.
Demi Allah muka mereka adalah ‘cahaya’ dan mereka adalah di atas ‘cahaya’. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih.”
Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud: “Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati.(Yunus:62)” (Hadith Riwayat Ahmad)

*p/s: terima kasih kerana menghiasi hidup saya ini (^.^)
Tidaklah bersyukur kepada Allah orang yang tidak tahu berterima kasih kepada sesama manusia (Riwayat Ahmad)

Popular Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More