Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sejak belakangan ini, diriku tidak terlepas dari mencemburui segala macam kehebatan yang dilihat, didengar dan diceritakan. Ya, cemburu. Masakan tidak?
Melihat sahabat yang berpeluang menikmati segala keindahan alam di rantauan. Sungguh, diri ini juga inginkan perkara yang sama.
Mendengar bacaan kalamullah yang sungguh mempesona. Subhanallah. Terasa diri seperti masih belajar tahap Iqra'.
Melihat sang kuda yang anggun lagi gagah, bertambah terkesima melihat penunggang yang berupaya mengendalikan dengan baik. Siapakah yang tidak inginkan kebolehan ini?
Mendengar dengan penuh tekun ajaran yang diberikan oleh guru. Seolah-olah buku-buku terbentang di hadapan matanya. Melihat kemesraan insan istimewa ini dengan pesakitnya yang mampu dibina dalam masa tidak sampai beberapa minit. Tidak kurang cerita tentang kehebatan dirinya. Pastilah cemburu apabila diri ini masih cetek ilmu di dada, seringkali terasa janggal dan kekok ingin menemubual pesakit. Layakkah diriku ini?
Melihat kehebatan sang penceramah yang menyampaikan dengan yakin, mendengar intonasinya yang menarik perhatian pendengar dan pastilah pengisiannya itu amat hebat. Sungguh. Hebat.
Melihat kelebihan orang lain, baik dari segi ilmunya, hafalannya, rupanya, kemampuannya, kebolehannya, orang di sekelilingnya, harta yang dimilikinya... Pendek kata, segalanya... mencetus rasa cemburu dan mahu dalam diri ini. Seketika itu juga diri berazam untuk melakukan yang terbaik dan menjadi lebih baik dari hari semalam.
Persoalannya, setakat manakah azam itu bertahan? Sejauh manakah azam itu diiringi tindakan? Bagaimana dengan doa? Pergantungan kepada-Nya?
Takutnya diri ini andai jatuh ke dalam lembah kecintaan dunia. Andai diri ini lupa Pemilik kehebatan yang hakiki. Andai diri ini sibuk mengejar milik orang lain hingga diri akhirnya tergadai. Jati diri tidak lagi diutamakan, pegangan diabai sehingga mengikut arus entah ke mana.
Bagaimanakah? Sering kali terkandas dalam persoalan ini...

ditampal dari laman muka buku |