Sunday, July 1, 2012

Jatuh

assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar saudaraku? Moga dalam keadaan baik2 je. Jasad, emosi dan yang penting iman.

Amat tertekan. Jadi teringat akan peringatan dari seorang akak ni.

Kalau sentiasa memikirkan hidup ini sentiasa sukar dan susah, rasanya sampai bila-bila pun kita tidak akan punya keyakinan untuk belajar. Hakikatnya, keberanian itu sememangnya telah ada, cuma masanya untuk menonjol hanya datang sekejap-sekejap, dan datangnya bukan selalu.

Entah. Betul ke? Heh.

Rasanya, ya lah kot. Untuk orang macam saya.

Saya rasa, bisikan dari dalam pun boleh jadi keyakinan juga. Cuma, belum sampai ke tahap maksimum, atau mungkin belum ada penyebab kukuh untuk dia betul-betul yakin dan bertindak.

Saya selalu ulang ayat yang sama. Siapa cakap mengubah diri suatu benda yang senang? Mudah? Sangat-sangat susah untuk menuju kesempurnaan. Saya rasa. Saya melaluinya. Kadang-kadang, rasa tidak sabar. Penat. Ada saja ruang yang perlu diperbaiki sebelum menuju kesempurnaan.

Macam sekarang. Macam hari ini. Masa ini. Detik ini. Ketika ini. Huu.

Nak berlawan dengan perasaan "takut", "tak reti", "susah", "payah", "apa orang kata", "penat", dan banyak hal lain yang menuntut diri untuk berkorban. Perasaan, persekitaran, pengalaman lampau, orang-orang sekeliling semuanya mainkan peranan. 

Fuuuh.

Apapun, bila sama-sama belajar dalam suasana tarbiyah sebegini, saya rasa sedikit tenang. Dengan berpegang pada satu prinsip yang sama, "kita merelakan diri ditarbiyah, dan kita belajar mentarbiyah", itu buat hati rasa lapang sedikit. Tiada satu orang pun yang hebat dari semua sisi. Dia tetap memerlukan orang lain, untuk membantu dia mengubah diri. Dalam hal ini, tiada yang hebat. Tiada yang di atas, atau bawah. Kita sama-sama belajar. Kalau salah, ulang lagi, sampai berjaya. Hanya itu.

Kalaulah setiap daripada titis air sentiasa memikirkan yang dia takkan mampu jadi laut, manakan mungkin wujudnya laut saat ini. Kalaulah setiap dari butiran pasir asyik merasakan yang dia tak mampu jadi pantai, maka tiadalah pantai.

Kan?

Cumanya, harus ada keterbukaan hati untuk belajar. Lawan semua perasaan yang entah apa-apa dalam hati, lalu dengan ikhlas, reda, buka hatinya kita belajar balik, walaupun dari mula.

Jujur. Saya kagum dengan muslimat. Sungguh-sungguh.

Apa yang tak boleh, pasti boleh. Apa yang susah, pasti mudah. Cakap saja apa saja. Dari bab masak-memasak di dapur, sampailah ke bab kelantangan bersuara dalam dewan setiap kali daurah, mukhayyam dan sebagainya. Saya belajar erti pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit. Saya belajar erti senyuman yang setiap kali singgah di bibir. Saya belajar berlapang dada setiap kali ada saja perasaan yang menyesak dada. Saya belajar bersedia untuk belajar, dan sentiasa membuka diri dan hati untuk belajar. Walaupun perlahan-lahan, sikit demi sikit.

Subhanallah.

Belajar erti hidup, belajar ubah diri, belajar apa saja, hakikatnya indah. Nikmat. Cuma, prosesnya agak berat dan menuntut pengorbanan. Perlu kuat berlawan dengan hati dan perasaan. Dengan keeogan yang mencengkam diri. Dengan rasa cukup apa yang telah termiliki.

Hermm.

Kadang-kadang, memang. Memang ada gangguan. Ada sekatan. Ada apa saja halangan yang akan membantutkan perjalanan. Tak dinafikan, dan saya mungkin antara orang yang paling kerap mengalaminya. Jatuh, bangun balik. Terduduk, berdiri balik.

Hahh.

Mohon Allah kuatkan hati, lapangkan dada, jernihkan akal untuk terus belajar tanpa henti.

Learning is fun.

Jangan takut buat silap. Hilangkan rasa malu yang tak bertempat. Yakinkan diri. Optimis.

Terima kasih pada yang tak putus-putus memberi, saat saya sedang dahaga. Tak pernah mengutuk atau mengeji, tapi dengan hati seikhlasnya terus mengajar dan mendidik. Terima kasih kerana menerima diri ini seadanya.

Terima kasih.

Saya sesungguhnya belajar. Sedang belajar. Sentiasa akan belajar.

Allah itu ada. Sentiasa ada. (Al-Ankabut: 69)

Rasa.
Perasaan ini. Rasa ini.

Entahlah.

Bila datang menghuni jiwa, rasa tenang yang amat. Walaupun hati sedang sarat dengan gelisah, letih, terbeban dan segala rasa lain. Termasuk dengan rasa-rasa mazmumah, bisikan syaitan atau hawa nafsu yang meliar.

Rasa kehambaan yang dalam, saat jiwa sedang berperang. Berperang dengan segala macam benda yang mengganggu supaya hati melakukan maksiat. Bila kita sesungguhnya berperang, meskipun tewas beberapa kali, tetapi nikmatnya tetap terasa.

Entahlah. Saya rasa tenang bila dapat menangis. Dapat mengadu sepenuh-penuhnya. Rasa Dia amat dekat di hati. Amat-amat dekat. Sesungguhnya, rasa ini bukan datang sentiasa. Setiap masa. Payah benar menghuni hati. Sukar benar mendidik jiwa.

Allahhu Allah.

Hanya doa jadi sandaran. Lirih hati, pengaduan jiwa yang terus berbisik tanpa henti. Merintih tanpa pernah puas. Walaupun saat itu, jiwa bergelumang dengan dosa. Bilamana jiwa sedang menyesak dengan dosa-dosa, ke mana lagi hendak dihamparkan segala kegelisahan dan kecurangan itu melainkan kepadaNya?

Hanya Dia yang memahami gerak hati. Tingkah laku. Kelemahan. Ketewasan. Kekalahan. 

Biar setitik, seseni apapun. 

Hermm.

Saya benar-benar tak tahu. Tak tahu hendak diperbuat apa, melainkan terus melawan. Mujahadah tak kira masa. Biarlah kalah berulang kali pun. Tewas sebanyak mana pun. Usaha lagi, dan lagi dan lagi. Bukan kerana diri ini alim, atau warak setinggi mana. Hanya kerana dari itu ketenangan datang. Hanya kerana Dialah yang paling Maha Tahu segala.

Dia sesungguhnya tempat mengadu. Tempat meluahkan kekesalan dan segalanya.
Mohon Dia tumbuhkan minat, cita-cita, harapan, hanya untukNya. Gerakkan langkah kaki hanya untukNya. Pasangkan niat apapun hanya untukNya. Cinta, kasih, rindu, untuk sesiapapun, apapun, hanya dariNya, dan kembali kepadaNya.

Segala-galanya untukNya.

Sesukar apapun menumbuhkan “rasa untukNya” itu, mohon Dia ajar. Dia didik. Dia halakan diri, hati, fikrah, semuanya ke arahNya. Lambat-lambat pun tak apa, asalkan bergerak ke arah Dia.

Ya Allah.

Saya takut. Sungguh-sungguh takut.

Bantulah aku untuk faham lagi dan lagi. Beramal lagi dan lagi. Sampai bila-bila pun.

Tetapkan hati.

Amin.
Memang benar kata Imam Syafie: "Memuaskan hati semua manusia adalah perkara yang paling dan sangat-sangat MUSTAHIL."
"..Jika niatmu benar, pasti Allah membenarkanmu..".
Maka, mustahaknya adalah,
BETULKAN NIAT.

SELALU.

"..Mohon Allah jadikan keinginan dan kemahuan di hati, hanyalah untukNya. Mohon Allah tumbuhkan segala rasa dalam hati datang dan kembalinya hanya untukNya. Mohon Allah jadikan niat, fikrah, ibadah, tugas, tanggungjawab, bebanan, hanyalah untukNya. Mohon Allah letakkan cita-cita di hati, hanyalah untukNya, demiNya, dan keranaNya juga. Segala-galanya untukNya. Andai masih tak termampu, mohon Dialah yang akan selalu didik, ajar, dan bentukkan hati, akal, dan jasad, dengan cara apa sekalipun, dihalakan kesemuanya hanyalah untukNya.."

Amin.
kadang-kadang, kita tak sabar menanti satu kepastian,
sebab kata-kata, perbuatan, pandangan, dan celaan terlalu banyak menduga,
hingga satu masa, kita mungkin hilang percaya..
dan mahu segera lari dari trek mengharap.

tapi, Allah kata..
"mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.." (Al-Baqarah:153)

Allah kata juga,
"yang kita benci, amat baik untuk kita..
yang kita suka, amat buruk untuk kita.. 
dan Dia Maha Tahu segalanya.." (Al-Baqarah: 216)

saya yakin, sabar itu indah.
saya yakin juga, bila kita percaya pada Dia,
Dia akan kembali yakinkan kita dengan apa yang kita percaya,

percaya bahawa doa itu senjata mukmin..
percaya Dia takkan sesekali menzalimi hambanya..
percaya Dia akan sentiasa memberikan yang terbaik..
percaya bahawa Dia sentiasa ada..

SENTIASA ADA.

wahai dunia,
aku yakin.

sungguh-sungguh yakin.

sangkaku padaMu, ya Ilahi Rabbi..
indah-indah.
perindahkanlah segalanya,
wahai Yang Maha Mengasihi.

p.s: akak copypaste ni. insyaAllah, Allah mudahkan.



Makanya, diri ini harus terus percaya.

*asyik cakap kt org je lebih*



Sungguh mujarabkan peringatan seorang sahabat? Rindu... rindu... rindu...

tewas dengan diri sendiri



any comment?

Popular Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More