lately, sume org nk citer pasal cinta kn? adeh...ad pape ke ni? saja je... sekadar satu perkongsian, isu yang xpernah layu, kerana semua mencari cinta, semoga kita semua beroleh cinta yang hakiki dan abadi milik Allah
ari tu wktu usrah, tetiba je kuar topik munakahat...
ade sorg ahli usrah ni ckp:"dlm Al-Quran kn ad ckp, perempuan yg baik utk lelaki yg baik n perempuan yg jht utk lelaki yg jahat. Klu cmtu, cmne org yg jht nk jd baik klu dia kawin dgn org jahat jgk?"
adeh, ap yg aku nk jawab ni? tu da memg dalil yg jelas tak boleh disangkal malah xleh wujud skit keraguan pun. ap la ak nk jawab ni? Alhamdulillah Allah beri ilham...teringat masa Forum Paradigma Cinta, ust Hazrizal ad ckp "menjadi sblm mencari"... alhamdulillah semua dapat terima dengan baik
Alang2 menyebut tentang paradigma ni, faham ke tentang erti kata sebenar paradigma ni? Dulu saya kononnya faham, sebab da biasa dengan frasa 'anjakan paradigma'. Walhal, bila hadiri majlis ilmu berkenaan kaedah pemikiran(waktu sekolah dulu dipanggil KKB- Kursus Kemahiran Berfikir) lama dahulu, baru sedar erti kata sebenar paradigma itu. Paradigma secara ringkasnya ialah pandangan, pendapat ataupun perception kita pada sesuatu perkara. Dan sebaik-baiknya, insyaAllah, ialah paradigma yang merangkumi pandangan dari pelbagai sudut sisi pandangan. Allahua'lam
Kteh pun ada bg pinjam buku "pemilik cintaku setelah Allah & Rasul" karya Fatimah Syarha Mohd Noordin... any cues? Sebagai promosi, buku ni memang ad banyak manfaatnya, ringkas, padat tapi penuh dengan ilmu.
secara tak langsung buka satu link kt blog kwn, berkenaan cinta sblm nikah, menarik:
CINTA SEBELUM NIKAH(klik saya!)
Papepun, sumenya atas ketentuan Allah dan segalanya adalah milik-Nya. Setinggi-tinggi cinta adalah milik-Nya.
Sebelum berakhir, ingin saya kongsikan sesuatu yang pernah saya terima dari seorang penceramah yang berilmu, tentang 3 keinginan yg ad pada setiap orang manusia:
1)Mulia 2)Kaya 3)Kuasa
dan untuk mencapai 3 perkara ni, ada resipi yang telah pun ditinggalkan utk kita oleh baginda Rasulullah s.a.w:
Sekiranya kamu hendak kemuliaan maka bertaqwalah kepada Allah
Sekiranya kamu ingin kekayaan maka bergantunglah pada zat Allah
Sekiranya kamu hendak kekuasaan maka bertakwalah kepada Allah
Moga kita termasuk dalam golongan yang mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi dari segalanya:
Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
(at-Taubah, 9:24)
Semoga para pembaca mendapat manfaat dari penulisan kali ini.