Monday, September 6, 2010

Hidupku

Dalam kehidupan,

banyak yg kupinta,
teman, sahabat, petunjuk, kebahagiaan, kesenangan dll lagi

pernah jugak terfikir,
sekiranya segala keinginan perlu dibayar, mampukah aku?

mampukah???

sudah lama aku terlena,
alpa dan leka,
hanyut dalam kelalaian,
terpana dengan kesedihan,
teruja dengan kegembiraan.

kukatakan bukan pintaku untuk hanyut,
bukan jua hasratku untuk leka.

tp sebanyak mana pula usahaku untukku terus teguh,
agarku tetap utuh?
supaya ku tetap tegar dan sabar?
tidak kira masa dan jua keadaan.

Padanlah dengan diriku apa yang kuterima,
Sesuailah untukku...

meskipun hatiku meronta sebaliknya,
meski akalku menafikan semuanya,

Apa yang telah terjadi, masakan diputar kembali.

Moga Allah memberi petunjuk padaku agar pulang ke jalan-Nya
Moga Allah membimbingku menuju ke arah keredhaan-Nya
Moga Allah memberiku peluang untuk memenangi cinta-Nya

Moga diri ini menjadi insan yang memanfaatkan peluang dan hayat yang ada

ingin kukongsikan:

"Apabila kamu terlanjur melakukan sesuatu dosa, maka janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama Tuhanmu, kerana kadangkala ia menjadi dosa terakhir yang ditaqdirkan ke atas kamu." ~ibn Athoillah

"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati" (al-Mulk, 67:13)

0 comment(s):

Popular Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More