Tuesday, October 30, 2012

"Cell"

bismillahi tawakkaltu 'alallah

sebagaimana kebanyakan proses pembelajaran berlaku, pengertian sesuatu istilah amat penting sebelum pemahaman tentang sesuatu topik bermula.

Cell


boleh jadi banyak maksud.

masa sekolah menengah, belajar "cell: basic unit of life". betul. tanpa cell, xde tissue, maka xdelah yang selanjutnya.

bila da maju sikit, masuk matrikulasi/asasi. barulah faham kenapa kena belajar tentang cell nih. as your understanding gets deeper, you can relate more things. biiznillah, lebih menghargai kehidupan dan menghayati keagungan-Nya. kan?

bagi sesiapa yang masuk bidang perubatan, farmasi, biokimia dll akan belajar dengan lebih lanjut lg tentang setiap sel nih. akan menjadi lebih terkesima. subhanallah. ciptaan Allah itu mudah dan ringkas lagi indah tapi kompleks rupanya. di sebalik setiap keindahan berlaku banyak proses untuk mengekalkan keindahan itu. sekecil-kecil kelainan mampu menyebabkan perubahan yang banyak. usah bicara panjang, sebut sahaja genetik. pasti faham kan?

tapi... bukan setakat tu je kan?

kenapa saya nak tulis ttg cell nih?

sebab teringat masa sekolah

di saat itu

cell itu bukanlah sel kehidupan

tetapi cell dalam istilah fizik. dry cell. tau kan? bateri.

ya. bateri:)

acap kali dibicarakan tentang cell masing2. yakni, apakah yang menjadi sumber tenaga/motivasi diri. sebagaimana sel kering diperlukan untuk menghidupkan litar tertutup. betul kan? benar litar itu perlukan banyak perkara tapi antara yang penting ialah sumber kuasa kan?

sedarkah kita cell kita yang sebenar?

atas tiap nafas, siapa yang mengizinkan?

atas tiap denyut jantung, dari manakah tenaga untuk jantung itu terus berdenyut?

atas tiap proses pemikiran yang berlaku, bagaimanakah proses itu dapat terus berlaku?

dulu saya bicara cell saya itu ibu bapa, ckgu2, kawan2, dia, mereka dan ramai lagi.


kini pun begitu...


bila malas, terasa segan bila melihat pensyarah yang tidak culas menunaikan tanggungjawab merawat dan mendidik.

bila lesu, terasa malu dengan pensyarah yang pastinya lebih banyak tanggungjawab dan komitmen

bila enggan, terasa bersalah dengan pensyarah yang tidak jemu mencurahkan ilmu sehingga diri ini dirasakan tidak mampu lagi untuk menadahnya. masakan aku boleh biarkan diri ini?


tapi jangan lupa


siapakah di sebalik segalanya?

yang mengizinkan

yang memberikan kekuatan

yang merancang segalanya

baik dari saat aku bangun hingga kepada siapa akan kutemu dan bicara dalam hari yang mendatang


Dia tahu

yang telah lalu, kini dan akan datang

dengan izin-Nya berlaku tiap sesuatu

atas perancangan-Nya segalanya terjadi

Dialah Allah, 'sumber' segala sesuatu.



Cell. sudah ketemukah jawapannya?



p/s: living my memories:) so many things that could be learn and thus, not to forget~

Friday, October 5, 2012

cemburu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



napela tetiba nak cakap pasal cemburu ni.

sebab belakangan ni sering cemburu.

Cemburu bila lihat ada sahabat lain yang lebih akrab dengan sahabat saya.

Cemburu bila lihat ada orang lain nak rapat dan menyayangi orang yang saya sayang.

Cemburu bila orang lain dapat buat apa yang saya tak dapat buat.

Cemburu bila saya tak ingat tapi orang lain dapat ingat.

Cemburu bila orang lain seolah-olah amat baik kehidupannya.

Cemburu bila orang lain dapat ilmu yang saya seolah-olah biarkan berlalu pergi

dan banyak lagi...

teruk kan?



itu pun nak cemburu. Apa salahnya orang lain nak akrab dengan sahabat saya. Dia bukan saya punya. Sedangkan dia itu pun Allah pinjamkan kepada saya. Sebagai satu nikmat. Satu kebahagiaan. Andai ada yang lebih akrab dengannya, pasti ada sebabnya. Mungkin saya belum cukup baik. Mungkin dia lebih selesa dengan orang lain. Mungkin dia x nak menyusahkan saya. Alahai ukhuwwah :')

hidup ini bukan saya yang punya. bukan awak punya. bukan sesiapa punya melainkan Dia Yang Menciptakan.

Cemburu bila orang lain dapat buat, tapi saya...
wahai diri, tamaknya kamu! kamu bukan superman. Sedangkan superman pun ada batasnya. terimalah hakikat, berusaha untuk saling melengkapi. wahai sahabat, maafkan saya :[

Cemburu bila saya xingat tapi orang lain dapat ingat...
amat sedih bila masa pekse, xingat jawapan. atau masa praktikal, xingat nak tanya soalan apa, atau nak buat apa langkah seterusnya. ye, sedih. tapi lagi sedih bila saya lupa setiap sesuatu Allah xciptakan dengan sia-sia. setiap sesuatu ada hikmah di sebaliknya. setiap nikmat perlu disyukuri. setiap ujian menuntut kesabaran. amat pedih bila saya xingat semua ni, tapi orang lain dengan hati yang lapang, sentiasa ingat :'(

Cemburu bila orang lain amat baik kehidupannya...
masakan tidak, hidup ini seakan tersia...



wahai Tuhanku, pastinya cemburu ini Engkau ciptakan bersebab...
cuma hati saya yang begitu sukar memanfaatkan kebaikan yang ada padanya.
Jadikanlah cemburu ini untuk saya membaiki diri, membetulkan khilaf dan memanfaatkan hayat yang ada.

ni ada jgk jmpa link2 yg berkaitan 1 2 3

Popular Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More