bismillahi tawakkaltu 'alallah
sebagaimana kebanyakan proses pembelajaran berlaku, pengertian sesuatu istilah amat penting sebelum pemahaman tentang sesuatu topik bermula.
Cell
boleh jadi banyak maksud.
masa sekolah menengah, belajar "cell: basic unit of life". betul. tanpa cell, xde tissue, maka xdelah yang selanjutnya.
bila da maju sikit, masuk matrikulasi/asasi. barulah faham kenapa kena belajar tentang cell nih. as your understanding gets deeper, you can relate more things. biiznillah, lebih menghargai kehidupan dan menghayati keagungan-Nya. kan?
bagi sesiapa yang masuk bidang perubatan, farmasi, biokimia dll akan belajar dengan lebih lanjut lg tentang setiap sel nih. akan menjadi lebih terkesima. subhanallah. ciptaan Allah itu mudah dan ringkas lagi indah tapi kompleks rupanya. di sebalik setiap keindahan berlaku banyak proses untuk mengekalkan keindahan itu. sekecil-kecil kelainan mampu menyebabkan perubahan yang banyak. usah bicara panjang, sebut sahaja genetik. pasti faham kan?
tapi... bukan setakat tu je kan?
kenapa saya nak tulis ttg cell nih?
sebab teringat masa sekolah
di saat itu
cell itu bukanlah sel kehidupan
tetapi cell dalam istilah fizik. dry cell. tau kan? bateri.
ya. bateri:)
acap kali dibicarakan tentang cell masing2. yakni, apakah yang menjadi sumber tenaga/motivasi diri. sebagaimana sel kering diperlukan untuk menghidupkan litar tertutup. betul kan? benar litar itu perlukan banyak perkara tapi antara yang penting ialah sumber kuasa kan?
sedarkah kita cell kita yang sebenar?
atas tiap nafas, siapa yang mengizinkan?
atas tiap denyut jantung, dari manakah tenaga untuk jantung itu terus berdenyut?
atas tiap proses pemikiran yang berlaku, bagaimanakah proses itu dapat terus berlaku?
dulu saya bicara cell saya itu ibu bapa, ckgu2, kawan2, dia, mereka dan ramai lagi.
kini pun begitu...
bila malas, terasa segan bila melihat pensyarah yang tidak culas menunaikan tanggungjawab merawat dan mendidik.
bila lesu, terasa malu dengan pensyarah yang pastinya lebih banyak tanggungjawab dan komitmen
bila enggan, terasa bersalah dengan pensyarah yang tidak jemu mencurahkan ilmu sehingga diri ini dirasakan tidak mampu lagi untuk menadahnya. masakan aku boleh biarkan diri ini?
tapi jangan lupa
siapakah di sebalik segalanya?
yang mengizinkan
yang memberikan kekuatan
yang merancang segalanya
baik dari saat aku bangun hingga kepada siapa akan kutemu dan bicara dalam hari yang mendatang
Dia tahu
yang telah lalu, kini dan akan datang
dengan izin-Nya berlaku tiap sesuatu
atas perancangan-Nya segalanya terjadi
Dialah Allah, 'sumber' segala sesuatu.
Cell. sudah ketemukah jawapannya?
p/s: living my memories:) so many things that could be learn and thus, not to forget~
2 comment(s):
well said atim :)
like it!
so skrg xle giveup dgn kerja..haha
hehe. wokeyh riha. jom3. atim pn da smakin malas nih =.='
Post a Comment