Assalamualaikum wbt
Dalam kebosanan aku membelek sebuah majalah. Terkesima apabila membaca penyataan ini
"ramai yang cinta akan perjuangan tapi tidak kepada Tuhan perjuangan"
Maka aku berfikir, adakah aku termasuk dalam golongan itu?
Kukatakan rindu pada Dia tapi sebanyak mana kuisi hidup kerana-Nya
Ku akui cinta hanya kepada-Nya, namun bersungguhkah aku dalam merindui Dia?
Dengan pulun ku menuntut ilmu. Kononnya demi Dia. Demi cinta kepada-Nya. Tapi benarkah langsung tiada sisipan cinta utk dunia?
Sepenuh daya ku isi masa hanya kerana-Nya, namun tegarkah hati ini pada setiap saat dan ketika?
Aku cinta dan sayang akan si fulan dan si fulan, dengan harapan kerana cinta kepada Dia. Jika begitu, mengapa mudah benar jiwa ini terluka dan berkira? Bukankah Si Dia empunya semua?
Sering benar aku melihat orang lain. Itu tidak tepat, ini kurang betul. Tapi diriku ku persetankan segalanya? Benarkah aku membenarkan Tuhan?
Aku penat kononnya sudah habis keringat. Haha. Sedangkan acap kali diri berbicara tentang kuat dan hebat.
Astaghfirullah.
Tuhan, mohon tunjukkan aku jalan. Pimpinkan aku dalam perjalanan ini. Usah biarkan aku terkapai walau sesaat. Jangan tinggalkan aku dalam kegelapan. Walau sesaat. Meski seketika cuma. Kepada Tuhan aku kembali. Dengan Tuhan segalanya mungkin. Hanya Tuhan yang menjadi dambaan. Dengan izin Allah. Mudah-mudahan

0 comment(s):
Post a Comment