Friday, February 15, 2013

da ok da

assalamualaikum wbt

Pertamanya, minta maaf andai entry ini mengguris hati sesiapa, tak berniat pun. Hanya sebagai tempelak dan peringatan buat diri sendiri.

Selalu sangat stress.
Hmm, sape yang tak tu, teruskan kebagusan anda. Alhamdulillah.

Kenapa stress?
Sebab salah sendiri.
Tahu diri malas tapi xmerajinkan diri.
Tahu diri jahil tapi xmencari tarbiyah.
Tahu hati keras lagi hitam tapi xmencari penawar.
Tahu banyak dosa tapi susahnya untuk menjauhkan diri.

Na'uzubillah. Astaghfirullah.


Tapi kenapa tajuk 'da ok da'?
Sebab selalu je orang lain cakap:
"xpe, awak cekang" (taw ke maksud cekang nih? kalau xtaw, tanya org utara k?)
"awak kan da baik"
"awak mesti boleh punya"
"alah, awak, pasti xde masalah"

secara jujurnya, memang selalu rasa mcm da ok bila dengar kata-kata mcm ni (walaupun stress jgk).
dulu pernah berkata pada diri sendiri untuk tidak berkata sedemikian pada sahabat lain,
sebab taw stress yang mungkin diundang dengan kata-kata tersebut...
tapi setelah sekian lama, lupa pada kata2 tersebut dan sering kali mencampakkan frasa2 di atas kpd kawan2 *maaf ye sahabat :'(
**ada kalanya frasa2 tersebut mendatangkan semangat dan motivasi namun ada masanya sebaliknya berlaku

tapi tadi terfikir...
akan ungkapan: "Allah tak lihat pada hasilnya, tapi Allah lihat pada usaha"
dalam kes yang sedemikian,
habislah saya =.='
kalau betul pun selama ni saya 'lepas' sebab saya ni cekang, walaupun usaha saya hanyalah ibarat habuk jika dibandingkan dengan kawan2, tak ke Allah murka dengan saya?
*nak nanges*
andai saya sepatutnya memanfaatkan segala yang ada tapi tidak kerana saya hanya boleh malas dan 'lepas cukup-cukup makan'...tidakkah nanti Allah akan persoalkan?

T.T

p/s: rindu, rindu dan rindu. berkecamuk sudah. astaghfirullah. Ya Hannan, Ya Mannan, jgn sesekali Engkau biarkan aku menetapkan nasib diriku walau dalam kadar sekelip mata atau lebih cepat dari itu...

"tanda cinta ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan" -Junaid al-baghdadi

Quote to be realized: Do what you need to do in order to do what you want to do


0 comment(s):

Popular Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More