Sahabat itu cerminan
diri.
Sahabat itu yang
mengingatkan pabila diri alpa.
Sahabat juga yang
mengejutkan pabila diri terlena.
Sahabat juga yang
memimpin kembali diri ini tatkala hanyut entah ke mana.
Saya punya seorang
sahabat yang terlebih dahulu meninggalkan kami.
Manis orangnya.
Rajin serta
konsisten.
Pernah sekali beliau
menangis tidak dapat menyelesaikan soalan matematik.
Pernah beliau menangis kerna rindu akan kedua ibu bapa yang kejauhan.
Impian beliau
menjadi juruterbang, namun terpaksa dilupakan kerana...