Saturday, April 27, 2013

tolong saya

assalamualaikum wbt.

awak, pilihan raya da dekat, boleh x nak minta awak doakan agar kemenangan berpihak pada Islam dan agar saya menjadi sebahagian dari mereka yang memperjuangkan kemenangan itu.

awak, saya dan kawan-kawan da nak masuk tahun akhir, doakan kejayaan kami, doakan kami terus kuat dan tabah untuk teruskan perjuangan ini.

awak, andai diri ini tidak lagi mampu untuk bertemu dengan awak, maafkan saya tapi saya harap awak takkan berhenti berdoa untuk saya :')

Monday, February 18, 2013

kata

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kata.
Cakap.
Nasihat.

Tidaklah begitu mudah.
Tapi lebih mudah dari tindakan.

Cakap senangla.

Islam menempelak sikap CaTakSeruKin (61:2-3)
Agar kita lakukan apa yang kita katakan.
Agar tidak kita lupa apa yang pernah kita cakapkan.

Pernah tak kita terfikir,
nasihat yang kita bagi untuk orang lain,
sebenarnya nasihat untuk diri kita jugak?
motivasi dan kata-kata semangat yang dihadiahkan buat sahabat yang bersedih,
juga ditujukan buat diri kita?

betul, cuma adakalanya, teringin mendengarnya daripada orang lain :')

...

(67:13)

Friday, February 15, 2013

da ok da

assalamualaikum wbt

Pertamanya, minta maaf andai entry ini mengguris hati sesiapa, tak berniat pun. Hanya sebagai tempelak dan peringatan buat diri sendiri.

Selalu sangat stress.
Hmm, sape yang tak tu, teruskan kebagusan anda. Alhamdulillah.

Kenapa stress?
Sebab salah sendiri.
Tahu diri malas tapi xmerajinkan diri.
Tahu diri jahil tapi xmencari tarbiyah.
Tahu hati keras lagi hitam tapi xmencari penawar.
Tahu banyak dosa tapi susahnya untuk menjauhkan diri.

Na'uzubillah. Astaghfirullah.


Tapi kenapa tajuk 'da ok da'?
Sebab selalu je orang lain cakap:
"xpe, awak cekang" (taw ke maksud cekang nih? kalau xtaw, tanya org utara k?)
"awak kan da baik"
"awak mesti boleh punya"
"alah, awak, pasti xde masalah"

secara jujurnya, memang selalu rasa mcm da ok bila dengar kata-kata mcm ni (walaupun stress jgk).
dulu pernah berkata pada diri sendiri untuk tidak berkata sedemikian pada sahabat lain,
sebab taw stress yang mungkin diundang dengan kata-kata tersebut...
tapi setelah sekian lama, lupa pada kata2 tersebut dan sering kali mencampakkan frasa2 di atas kpd kawan2 *maaf ye sahabat :'(
**ada kalanya frasa2 tersebut mendatangkan semangat dan motivasi namun ada masanya sebaliknya berlaku

tapi tadi terfikir...
akan ungkapan: "Allah tak lihat pada hasilnya, tapi Allah lihat pada usaha"
dalam kes yang sedemikian,
habislah saya =.='
kalau betul pun selama ni saya 'lepas' sebab saya ni cekang, walaupun usaha saya hanyalah ibarat habuk jika dibandingkan dengan kawan2, tak ke Allah murka dengan saya?
*nak nanges*
andai saya sepatutnya memanfaatkan segala yang ada tapi tidak kerana saya hanya boleh malas dan 'lepas cukup-cukup makan'...tidakkah nanti Allah akan persoalkan?

T.T

p/s: rindu, rindu dan rindu. berkecamuk sudah. astaghfirullah. Ya Hannan, Ya Mannan, jgn sesekali Engkau biarkan aku menetapkan nasib diriku walau dalam kadar sekelip mata atau lebih cepat dari itu...

"tanda cinta ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan" -Junaid al-baghdadi

Quote to be realized: Do what you need to do in order to do what you want to do


Popular Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More