Wednesday, May 5, 2010

Alhamdulillah...

Syukur yang tak terkira dihadapkan kepada Allah Yang Maha Kuasa. Terlalu banyak ni'mat yang dikecapi, terlalu sedikit syukur yang diungkapkan, astaghfirullah...

Alhamdulillah, belakangan ni banyak kebaikan atau kegembiraan yang diperoleh, meskipun pastinya terselit kesedihan mahupun kepahitan hidup.

Post ini sekadar hendak berkongsi kegembiraan, antaranya kesempatan yang saya dapat untuk mengemaskini dan memperindah blog ini. Selama ni rasa macam merepek je rupa blog ni, alhamdulillah dah cantik :) Terima kasih kepada blog-blog yang lain yang saya gunakan untuk mendapatkan widgets...best jugak rupanya cuti ni...

Pernah satu masa dahulu diri ini mengaku bahawa berkongsi perasaan itu tidak mudah. Bukan kerana tidak mahu, cuma berasa tidak perlu. Tidak kurang teguran dan pendapat yang diterima, tapi tidak mudah untuk berubah meskipun kini. Oleh itu, ingin saya cuba jadikan blog ini sebagai wadah perkongsian saya, baik ilmu, cerita mahupun perjalanan hidup dan juga sebagai satu peluang untuk menceburi bidang penulisan. Semoga apa yang ditulis menjadi manfaat buat para pembaca baik untuk dijadikan sempadan atau tauladan mahupun sekadar bahan fikiran. Sebarang komen, nasihat dan kritikan amatlah dialu-alukan agar boleh dimanfaatkan dengan izin-Nya.

Sehingga penulisan seterusnya... semoga saya tidak membazirkan masa anda membaca blog ini:)

Renungan:

"Permulaan bukanlah mudah kerana permulaan sering kali membabitkan perubahan. Mengekalkan sesuatu juga tidak mudah, kerana usaha berterusan adalah diperlukan."

0 comment(s):

Popular Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More