Bersempena Hari Guru dua hari lepas, saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik baik di institusi pendidikan mahupun di mana-mana sahaja… mari kita renungi sedikit sebanyak berkaitan ilmu dan pendidikan…
pembelajaran sepanjang hayat...itulah tuntutan Islam. Besarnya kepentingan ilmu ini sehingga kita dianjurkan untuk menimba ilmu dan menyampaikannya. Kita disuruh membaca dan kemudiannya menulis pula.
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan (96:1)
Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis (68:1)
Ungkapan yang saya gemari ->ikatlah ilmu dengan menulisnya. Benarlah ungkapan ini. Bukankah sejak dari kecil dalam kita menuntut ilmu kita menulis nota? Mungkin banyak kaedahnya seperti peta minda, ringkasan dan sebagainya, tapi tanpa kita sedari kesemua ini adalah bentuk penulisan.
Pengalaman, mentelaah, pengajaran dan amalan. Bukan senang nak tuntut ilmu, apatah lagi nak mengamalnya. Semoga Allah berikan kekuatan untuk menjalankan kewajipan ini secara istiqamah insyaAllah
Maka bermulalah beberapa kisah hidupku dalam pencarian ilmu :D…
Kisah #1- di rumah orang tua
Beberapa hari yang lalu, ada peluang ke rumah orang tua membantu senior menjalankan kaji selidik. Mulanya keberatan nak pergi, memandangkan waktu cuti, namun atas nasihat mak, Alhamdulillah pergi:) Perkara saya nak kongsikan di sini hanyalah sekadar peringatan buat diri.
Setibanya di tempat tersebut, saya membayangkan bagaimanalah agaknya keadaan orang tua-tua di sini? Adakah mereka dijaga dengan baik? Alhamdulillah, saya dapat lihat para pekerja bertungkus-lumus menjaga warga emas ini sebaiknya, tetapi sayu hati ini, kerana saya lihat mata mereka yang merindukan ahli keluarga, perasaan mereka yang sayu dan sedih ingin pulang ke rumah. Kebanyakan warga emas yang saya tanyakan soalan, semuanya sedih dan ingin pulang ke rumah…kecuali seorang atuk ni…berikut merupakan perbualan sedikit sebanyak perbualan antara kami;
Pelajar: Assalamualaikum pakcik, boleh nak tanya soalan?
Atuk: Wsalam..Boleh, tanya la nak…
Pelajar: Pakcik dah lama duduk sini?
Atuk: Dah beberapa tahun dah. Sejak isteri pakcik meninggal. Anak pakcik ajak duduk dengan dia, pakcik yang tak nak. Pakcik tak nak susahkan dia. Pakcik cakap dengan dia “Kau dah ada suami/isteri, anak-anak, nanti susah nak jaga aku”. Yela, bayangkan, kalau anak pakcik jaga dan sayang pakcik lebih, terasa pulak suami dia, anak-anak dia. Pakcik tak nak ada masalah nanti. Pakcik yang mohon dengan JKM. Senang duduk sini, pakcik boleh jaga diri sendiri. Anak-anak pakcik tak perlu risaukan pakcik. Pakcik dah tua nak… dulu, waktu diorang(anak2) kecik, ibu bapa berkorban membesarkan diorang, ni diorang dah besar, pakcik pun dah tua, apa salahnya pakcik berkorban lagi untuk kebahagiaan diorang.
Betapa besarnya pengorbanan seorang ayah, meskipun sudah ditelan usia, masih ingin berkorban demi kebahagiaan anak-anak.
…
Pelajar: Okla pakcik, saya kena minta diri dulu, terima kasih banyak2 ye pakcik.
Atuk: Sama-sama. Kau belajar kan? Kat mana nak?
Pelajar: UKM.
Atuk: Ni kau buat kajian nanti nak ajar orang lain ye? Bagus-bagus. Kau belajar tinggi-tinggi cari ilmu. Besar harapan orang tua kau. Agar kau jadi orang yang berilmu. Itulah harapan ibu bapa nak, biar anak dapat ilmu. Biarlah ibu bapa menorah getah, ke laut atau pun tanam padi, semuanya susah payah agar anak dapat ilmu. Ingat tu nak, jangan kau sia-siakan orang tua kau. Jaga diorang elok2(bergenang air mata pakcik ni, termasuklah pelajar tu).
Pelajar: Ok pakcik, insyaAllah.
Tersentuh hati dengan kata-kata pakcik ni, moga diri menjadi mereka yang memelihara ibubapanya di waktu susah dan senang, insyaAllah… perbualan ni mungkin ada sedikit yang berbeza, tapi mesej perbualan itu insyaAllah masih sama:)
kisah #2- amali – bukan senang nak memulakan sesuatu, perlukan keberanian…
Memandu. Seramnya. Dah dekat setahun dapat lesen percubaan, tapi tak pernah mencuba pun. Takut. Gerun. Tak berani. Adeh, sia-sia je kan?
Sampailah satu hari, kereta mak tak boleh nak dihidupkan, mak pun btawla ayah…dan mak pun pergi kerja dengan tumpang orang…
Tengah hari tersebut…
Ayah: Mah, ayah nak pergi hantar kereta mek gi bengkel ni.
Mah: Ok ayah, nanti mah btaw mek
Beberapa ketika kemudian…ayah telefon;
Ayah: Mah, boleh je start kete mek ni
Mah: Owh yeke? Alhamdulillah…ayah nk buat apa sekarang?
Ayah: Ayah nak pergi hantar kat sekolah mek(mak saya mengajar). Boleh mek balik keje sendiri nanti.
Mah: Ok…
Ayah letak telefon
Beberapa ketika kemudian…ayah call balik
Ayah: Mah, jom hantar kete mek kat sekolah, mah bawak kete mek, nanti ayah hantar mah balik
Mah: Takutla ayah…(bagitaw ayah jugak, walaupun takut ayah marah, assertivela konon..)
(tetiba dapat tachycardia, dalam hati: takkan nak bawak kete mek? Da bape lama da tak bawak kete ni? Apa2 jadi kang, susah pulak…kete mek pulak tu….)
Ayah: Apa nak takutnya, ayah kan ada kt blakang?
(dalam hati: alamak, ayah ni cam betul je nak suruh orang bawak…tapi kesian pulak ayah kalau tak tolong. Ok, beranikan diri…insyaAllah selamat)
Mah: Okla…
…
Penghujung cerita-> Berjaya :) walaupun perlahan je bawak, lagipun kete ayah kat depan, bukan kat belakang, so follow je kete ayah… Alhamdulillah, peristiwa tersebut menjadi mujahadah. Tapi, sekarang memang masih seorang pemandu yang teruk lagi, banyak dah pengalaman yang berbahaya, menakutkan dan memalukan (jadi makin takut nak bawak kete)… walau apapun, semoga diri ni terus berani dan berkeyakinan dalam melaksanakan sesuatu sambil mengharapkan keredhaan-Nya.
kisah #3- Hari Guru, cikgu yang sms anak murid???
Hari Guru yang lepas… memang hajat di hati nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua para pendidik…tapi sepanjang hari asyik sibuk je(betul ke?)…hinggalah hari pun dah malam…kat satu majlis makan malam ni, dapat sms dari seorang guruku sewaktu di sekolah yang tertulis:
Anakku,
Dalam ajarku tersirat harapan,
Tegurku ada doa,
Marahku tandaku sayang,
Diamku tersirat kebijaksanaan…
Doaku berpanjangan pada-Mu ya Allah,
Kau berkati dan rahmati anak2ku selamanya.
Ameen…
Hati ni tersentak. MasyaAllah, ckgu pulak yang sms dulu? Terus rasa bersalah. Alhamdulillah, ada kelapangan maka terkaranglah satu ucapan buat guru-guruku dan semua pendidik(maka dalam blog ni, ingin saya tujukan kepada semua yang telah memberi dan berkongsi ilmu dengan saya, secara langsung ataupun tidak):
Guruku,
Ilmumu kutuntut,
Nasihat dan pesanmu cukup berguna,
Doamu mustajab,
Maka kupinta doamu untuk kejayaan dunia dan akhirat,
Adalah harapanku menjadi orang yang beramal dengan ilmu yang dikurniakan-Nya,
Melalui seorang insan mulia, iaitu guruku…
Terima kasih yang tak terhingga dan
Selamat Hari Guru
Teachers are those who are
More than willing to share their knowledge and experience,
Giving opinions and thoughts
And a God’s gift to the mankind
Happy Teachers’ Day
Peringatan buat diri, hargailah dan hormatilah ibubapamu dan juga gurumu:) , marilah kita menjadi anak yang soleh/solehah dan anak murid yang beradab, insyaAllah...(jangan jadi macam diri ini, dah dapat sms dari cikgu, baru nak bagi:( )
0 comment(s):
Post a Comment