Saturday, June 9, 2012

e.m.o


Assalamualaikum w.b.t.

Ni bukan tentang Sesame Street.. Tapi nak citer, belakangan ni, emosi melimpah ruah.
Mengapakah???

Cumanya,
Pemerhatian saya terhadap hidup sendiri
Membolehkan saya membuat beberapa kesimpulan/pendapat

  1. Kehidupan ni memang ada turun naiknya- merujuk kepada perasaan
    Ni maksudnya… kalau kita sedih lebih2, mesti akan gembira dan jugak sebaliknya. 
    Kalau kta rasa bersemangat, mesti kita pun pernah rasa kecewa/x bersemangat. Betul x?

    Contohnya, ada satu hari ni, da rancang macam2. Nak g jalan dgn kwn, pastu nk selesaikan urusan ni, pastu nk ziarah pulak, dll. Ringkasnya, cantik da percaturan untuk hari tersebut. Tapi cantiknya percaturan yang Maha Kuasa, kawan tetiba ada hal, ada perkara yg xlengkap untuk membolehkan urusan tu diselesaikan dan akhirnya, walaupun hati ini pasrah dan redha… bertakung jugakla kejap lepas tu.. :'( *saya insan yang hina lagi lemah, harap faham*

    Mula2 tu terlintas kt hati, kalau betul hati ni redha, mengapa masih menangis? Pastu terfikir pulak, aku ni xdapat sikit pun dah nangis, apalah sangat dibandingkan dengan perjuangan dan pengorbanan kanak-kanak di Palestin? Terasa hina dan kerdilnya diri ini…*lagi teruk jadinya nangis tuh* mesti klik sini


    Lepas tu, teringat pulak tulisan seorang sahabat ni… bahawa perasaan kita ini juga makhluk Allah. Yang wujud dengan izin-Nya…


    Xtahula kalau pemikiran saya ni betul ke x, tapi diri ini berpendapat bahawa andainya dirimu ingin menangis, maka menangislah, jika ingin menahannya, maka bertahanlah. Tak salah pun mana-mana.
      Tangisan itu bukanlah sesuatu yang buruk tapi xbermakna tidak menangis bermaksud hatimu keras. Pastinya ada sebab seseorang tu menangis ataupun cuba untuk tidak menangis.

    Yang penting, jangan terlalu terbawa-bawa oleh perasaan tu sehingga membawa mudarat. Dah nangis tu, cukupla kan? Allah tahu :) Takkan nak nangis sampai ke tua ;) Teruskan hidup dengan sebaiknya.


    Memandangkan da cakap tentang perkara ni, nak berceloteh sikit tentang malas. Saya x nafikan yg diri ini juga dibelenggu penyakit malas. Tapi jangan jadikan itu alasan untuk tidak rajin. Huhu, pening x penyataan tuh? Maksudnya, macam menangis tadi, kta da sedar, xkan selamanya nak malas kan? Bila kita ingat tu, jauh2kan diri dari sifat malas tu. Kita ingat kata2 motivasi, ingat tanggungjawab kita,
      kebaikan kita berusaha dan keburukan kita terus kekal dalam kemalasan. Sesungguhnya malas itu senjata syaitan. Mahukah kita tercedera sepanjang masa?

  1. Allah itu Maha Kaya lagi Penyayang

    Perkara ni berkait rapat dengan no (1)


    Bila saya sedih, pasti hiburan dari-Nya kan menjelma. Namun bila diri ini alpa dalam kegembiraan, tidak luput peringatan untuk mengingatkanku kepada-Nya. Baikkan Allah?


    Macam dlm lagu '1,2,3,4 - Aris Ariwatan'


    Andai kau beroleh bahagia, ingat itu bukan untuk selamanya…


    Andai kau dalam sengsara, ingat itu bukan untuk selamanya…

    Hidup ini sementara...

    Macam tadi nak melawat buah hati kesayangan tp akhirnya xjadi sebab xde teman:'( Tapi siapa sangka Allah datangkan diorg ni depan mata? Indahnya percaturan Allah:) Dari tangis berubah menjadi senyuman yang tidak luput meskipun telah lama masa berlalu.
    *penafian: buah hati ni bukan dari kalangan berlainan jantina yg ajnabi ye*-utk elak fitnah

Hati ini hanya perlu yakin bahawa setiap ketentuannya adalah yang terbaik:D Maka dengan itu, SEGALAnya akan menjadi yang terbaik:) insyaAllah



0 comment(s):

Popular Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More