Sunday, December 16, 2012

Resah dan risau kerana rindu

Tiadalah cinta dan rindu tanpa Pencipta~

Dari Abu Karimah iaitu al-Miqdad - di sebahagian naskhah disebut al-Miqdam-bin Ma'dikariba r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Jikalau seseorang itu mencintai saudaranya, maka hendaklah memberitahukan pada saudaranya itu bahawa ia mencintainya."
Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

Belakangan ni sering kali diuji dengan rindu.

Rindu pada mak ayah, keluarga, kawan, cikgu, si dia dan si dia dan semua orang.

Resah bila tidak berjumpa.

Kerana apa? sebab ku tak pasti akan khabarmu

Risau bila dirinya berduka

Kerana apa? sebab terasa seakan diri tidak mampu menceriakan dirinya.

Sedih bila tidak dapat berbicara

Kerana apa? sebab...


RINDU

semuanya pun sebab rindu... hadirnya rindu bukti sayang dan prihatin.

Wahai sahabat, semoga Allah kurniakan ketenangan jiwa padamu. Aku yakin, sehebat mana pun dugaan menimpamu, kau pasti bertambah dekat pada-Nya. Sungguh, diri ini risau benar mendengar rintihanmu. Tapi jauh di lubuk hati, cemburu dengan kekuatanmu, biar dalam apa jua keadaan pun, kau pasti menyertakan kehadiran empunya rindu dan cinta yang hakiki.

dlm ap pun jua keadaan, baik sedih atau gembira, moga Allah mencukupkan segala keperluanmu. tatkala dirimu sedih, pasti Dia kan membawa penawar duka, pabila dirimu gembira, moga Dia sntiasa selitkan ibrah dalamnya :)


tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh2 dgn kerinduan - Junaid al-Baghdadi

 Moga kita beroleh cinta-Nya dan juga kecintaan kepada-Nya

we often realize His presence too late :'(

0 comment(s):

Popular Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More