Friday, July 9, 2010

sesuatu yang kufikirkan~

salam buat pembaca

sedar x sedar, saya hidup kt dunia ni da byk tahun da... hari yg berbahagia 2 hari lepas buat saya terfikir, adakah saya gunakan masa saya selama ni sebaiknya? Allahu a'lam... moga diriku dan orang2 yg bersamaku termasuk dalam golongan yang beruntung...

Kebiasaan~

hmm....rasanya sume org pun da faham ap mksud perkataan ni. Kebiasaan xsemestinya betul, mskipun sering kali dianggap betul... Alhamdulillah da ramai org yg mulai sedar perkara ni, maka wujudlah ungkapan "Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul"... Sebab bukan mudah untuk mengubah kebiasaan dan bukan mudah untuk membiasakan diri dengan sesuatu...aisy, cm pening la pulak penyataan ni..

Saya pernah dengar org ckp, dlm melakukan sesuatu perkara, yg pling sukar sekali adalah sewaktu hendak memulakannnya, ad org yg bg istilah mujahadah...btul, memg susah... n nk teruskan pun bukannya mudah... untuk memudahkannya-> ni pun saya dgr dari pakar motivasi, katanya, buatlah sesuatu secara berterusan selama 40hari/kali, insyaAllah perkara tu akan jadi tabiat...yakni, kebiasaan...

Perkara ni berlaku dalam kehidupan seharian kita... cuma ada masanya kita xsedar ataupun terlepas pandang, ada masanya, kita memang saja xnk pandang...sebab kita takut/malu/segan untuk menjadi golongan yg terpencil itu, yakni golongan yang tidak membiasakan diri dengan perkara yang tidak betul dan membiasakan diri dengan perkara yang benar...Astaghfirullah...

Ya Allah janganlah Engkau palingkan hati-hati kami setelah Engkau memberikan kami petunjuk ya Allah... Ya Allah empunya segala kekuatan, Engkau kurniakanlah kami kekuatan dan kecekalan dalam menegakkan yang hak dan menafikan yang batil ya Allah...

Harapnya, kita sume berusaha menjadi lebih baik dari hari ke hari, maka, marilah kita bersama-sama membiasakan diri dgn perkara yg baik:) insyaAllah...

Tuesday, June 29, 2010

Frustrations... is it???

Salam and greetings to all...

I thought I had been over it... but now I know I am not...

I thought I am strong enough to just let it be because there is nothing more I can do about it since it is my past, but everytime I was reminded of it, I couldn't help feeling frustrated and worse, pathetic...

I thought I had forgiven myself, but if so, why would I feel like this?

I had assured myself that I should always look forward and keep on moving, and I did....

yeah, I did...
just that...

I did move on, and striving for my future... isn't it?

I am not sure...that's it...
I have always been like that...

yup, like that...

undecisive
and unsure...

moving forward yet it is more like treading... struggling and still wavering...

I thought that I had enough courage and am undeterred...

I thought...
yup, it was just a thought...

the reality is... everyone knows but no one REALLY knows...



i had to apologize for such an entry... had no wish to demotivate nor to make one worries, in fact, these are just some foods for thought...

A quote that I thought might be relevant:

All you need in this life is ignorance and confidence; then success is sure.
Mark Twain

Be wise in choosing what to ignore though... and confidence, u know already how important it is and neither excess nor lacking of confidence benefits oneself (a reminder for myself)

Monday, June 28, 2010

al-Mu’awizatain

Salam buat pembaca...

Alhamdulillah, diberikan kesempatan untuk berkongsi apa yang baru diperoleh. Baru-baru ni, ada menyertai perkongsian ilmu dan dalam majlis tersebut, mendapat ilmu berkenaan tafsiran surah An-Nas.

Kali ni nak berkongsi tentang kelebihan salah satu surah dalam al-Quran, iaitu surah an-Nas. Dua sebenarnya, kalau nk ikutkan tajuk > al- Mu'awizatain (dua surah pelindung yakni surah al-Falaq dan an-Nas).

Berikut merupakan terjemahan bagi surah an-Nas


ALLAH PELINDUNG MANUSIA DARI KEJAHATAN BISIKAN SYAITAN DAN MANUSIA


1. Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.

2. Raja manusia.

3. Sembahan manusia.

4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,

5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,

6. dari (golongan) jin dan manusia.


Surah ini menganjurkan kita untuk memohon perlindungan kepada Allah S.W.T yang merupakan Tuhan, Raja dan Sembahan yang Esa kepada sekalian manusia. Kita dianjurkan untuk membaca surah ini, bersama-sama Surah al-Falaq, dalam memohon perlindungan kepada Allah S.W.T. dari segala macam perkara sebagaimana yang telah menjadi amalan baginda Rasulullah S.A.W.:

Membaca Surah Al-Mu’awizatain

"Rasulullah SAW memohon perlindungan daripada jin dan kejahatan manusia (‘ain) , sehingga diturunkan Surah Al-Mu’awizatain maka Baginda pun mengamalkannya serta meninggalkan bacaan yang lain"
(Hadis Riwayat Nasai, No. 5494 dan Ibn Majah, No. 3511 serta dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Sahih Al-Jami’, No. 4902)

dicopy and paste dari http://abufaqeeh.blogspot.com/2009_06_01_archive.html


Sekadar itu sahaja entry kali ini... mohon dibetulkan andai ada yang silap atau terkurang...

*side note: isu was-was antara isu yang ditimbulkan semasa perkongsian ini, dan teringat pula masa sekolah dulu, ustaz ada cakap, salah satu ubat bagi penyakit was-was ini ialah bangun sebelum subuh (sama-samalah kita berusaha ya!). Kata ustaz, banyak kebaikan bangkit sebelum subuh ni, bukan sahaja rahmat Allah dan rezeki melimpah ruah tika itu, tapi insyaAllah dengan izin Allah, hari tersebut akan kita lalui dengan penuh keyakinan . Selain itu, ada juga ustaz lain memberitahu bahawa was-was itu tidak akan timbul sekiranya kita cukup ilmu, maka, sama-samalah kita meneruskan usaha dalam menimba ilmu kerana untuk berjaya di dunia atau akhirat, atau kedua-duanya, kita memerlukan ilmu. Semoga Allah memberkati dan meredhai usaha kita semua. Allahua'lam.


Popular Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More