Monday, June 28, 2010

al-Mu’awizatain

Salam buat pembaca...

Alhamdulillah, diberikan kesempatan untuk berkongsi apa yang baru diperoleh. Baru-baru ni, ada menyertai perkongsian ilmu dan dalam majlis tersebut, mendapat ilmu berkenaan tafsiran surah An-Nas.

Kali ni nak berkongsi tentang kelebihan salah satu surah dalam al-Quran, iaitu surah an-Nas. Dua sebenarnya, kalau nk ikutkan tajuk > al- Mu'awizatain (dua surah pelindung yakni surah al-Falaq dan an-Nas).

Berikut merupakan terjemahan bagi surah an-Nas


ALLAH PELINDUNG MANUSIA DARI KEJAHATAN BISIKAN SYAITAN DAN MANUSIA


1. Katakanlah: "Aku berlidung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.

2. Raja manusia.

3. Sembahan manusia.

4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,

5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,

6. dari (golongan) jin dan manusia.


Surah ini menganjurkan kita untuk memohon perlindungan kepada Allah S.W.T yang merupakan Tuhan, Raja dan Sembahan yang Esa kepada sekalian manusia. Kita dianjurkan untuk membaca surah ini, bersama-sama Surah al-Falaq, dalam memohon perlindungan kepada Allah S.W.T. dari segala macam perkara sebagaimana yang telah menjadi amalan baginda Rasulullah S.A.W.:

Membaca Surah Al-Mu’awizatain

"Rasulullah SAW memohon perlindungan daripada jin dan kejahatan manusia (‘ain) , sehingga diturunkan Surah Al-Mu’awizatain maka Baginda pun mengamalkannya serta meninggalkan bacaan yang lain"
(Hadis Riwayat Nasai, No. 5494 dan Ibn Majah, No. 3511 serta dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Sahih Al-Jami’, No. 4902)

dicopy and paste dari http://abufaqeeh.blogspot.com/2009_06_01_archive.html


Sekadar itu sahaja entry kali ini... mohon dibetulkan andai ada yang silap atau terkurang...

*side note: isu was-was antara isu yang ditimbulkan semasa perkongsian ini, dan teringat pula masa sekolah dulu, ustaz ada cakap, salah satu ubat bagi penyakit was-was ini ialah bangun sebelum subuh (sama-samalah kita berusaha ya!). Kata ustaz, banyak kebaikan bangkit sebelum subuh ni, bukan sahaja rahmat Allah dan rezeki melimpah ruah tika itu, tapi insyaAllah dengan izin Allah, hari tersebut akan kita lalui dengan penuh keyakinan . Selain itu, ada juga ustaz lain memberitahu bahawa was-was itu tidak akan timbul sekiranya kita cukup ilmu, maka, sama-samalah kita meneruskan usaha dalam menimba ilmu kerana untuk berjaya di dunia atau akhirat, atau kedua-duanya, kita memerlukan ilmu. Semoga Allah memberkati dan meredhai usaha kita semua. Allahua'lam.


0 comment(s):

Popular Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More