Allahuakbar
Entah mengapa
Belakangan ni asyik jumpa pesakit yang kaya melampau.
Haha…a.k.a filthy rich
*mcmla slalu jmpa pesakit*
Cumanya,
Rasa bersalah…
Sebab berfikiran: “kenapalah diorang ni tak bersyukur”
Agaknya kenapa ya fikiran ni muncul?
Mungkinkah diri ini perasan baik?
Astaghfirullah…
Mohon dijauhkan dari perasaan tersebut.
Siapa tahu apa yang terjadi pada diri ini andai di tempat
mereka.
Kaya. Hebat pangkat dan nama.
Tapi masih belum cukup.
Masih belum puas.
Malah mahu lebih lagi.
Hinggakan diri sendiri tersasar.
Orang lain terbeban.
Orang lain turut terganggu emosi dan fikiran.
Lebih teruk jika orang lain membenci.
Pelik.
Aneh.
Nadir?
Ada ketika diri ini menginginkan yang hebat2.
Ingin menggapai awan dan bintang.
Tidak mempedulikan lurah dan gaung.
Lupa akan Sang Pencipta.
Tapi
Kekerdilan diri tidak dapat dinafikan
Diri ini lemah
Hina
Tidak berguna
Tidak berdaya
Jahil. Bodoh.
Secara langsung takut akan gaung yang tidak tahu dalamnya.
Indahnya langit dan awan tidak lagi memberi kesan.
Seakan tidak penting lagi.
Seakan semuanya telah berakhir.
Semuanya silih berganti
Siang dan malam
Tinggi dan rendah
Kuat dan lemah
Tapi tika ini seakan terhenti kitaran itu
Ya Azim, kurniakanlah sedikit kekuatan dan ketabahan.
Ya Mutakabbir, usah Engkau tinggalkan daku dalam kehinaan
pada pandangan-Mu.
Ya Rahim, kurniakan padaku pandangan kasih-Mu…
*p/s: jiwa terasa kosong dan berlubang…malangnya tidak
terisi lagi
Blup2, jzkk atas segalanyaJ
indahnya perancangan Ilahi, sapaanmu sentiasa tepat pada masanya
Kak Aiel, jzkk jgk, adik bersyukur dikurniakan sahabat yang
sentiasa mengingatkan nilai diri ini biar terasa lebih hina dari segala yang
ada.
Ya usrati, no one could ever replace you allJ insyaAllah, you are
surely part of His blessings to me.
alhamdulillah
0 comment(s):
Post a Comment