Saturday, July 13, 2013

biarkan ia berlalu

bukan mudah nak melalui hidup
apatah lagi nak mengharungi kepayahan yang ada padanya

mudah untuk berpesan
payah untuk melakukan

tidak mudah untuk menjadi pendengar setia
perit lagi untuk menjadi pembimbing akal dan jiwa

tatkala diajukan soalan
berkenaan masalah hidup
baik keluarga, perhubungan, persahabatan, kewangan atau apa pun jua

mudah benar diri berkata
sabarlah, Allah kan ada
sabarlah, jalan keluar pasti akan terbuka
sabarlah, keadaan akan menjadi baik jua

mudah benar diri memberikan contoh
insan lain yang lebih perit
insan lain yang terseksa akibat peperangan
insan lain yang hidup bagaikan tiada lagi tujuan

tapi diri ini
Allah, kerdilnya sungguh
lemahnya amat
hinanya tak terucap

"jangan sesekali nak benchmark saya dengan orang lain!"

tidak bermaksud begitu
asalnya bertujuan untuk memberi semangat
dan kekuatan
agar timbulnya keinginan untuk hidup
agar tegarnya pengharapan pada-Nya

jadi aku membisu
kerana otakku seakan membeku
tindakanku menjadi kaku

aku tak berniat untuk menjauh
cuma aku takut andai kau menjauh akibat perbuatanku
aku tidak takut andai kau menjauh dariku
aku cuma tidak mahu kau menjauh dari-Nya

maaf, aku cuma tidak tahu
dan tidak mampu

Allah, ampunkan aku dan dirinya
pelihara kami ya Allah,
lindungi kami ya Allah.

0 comment(s):

Popular Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More