Saturday, October 16, 2010

marilah...

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, lepas maghrib td diberikan kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu berkenaan pengajian kitab Munyatul Musolli Karangan al alim Syeikh Daud Bin Abdullah al Fathoni dan juga perkara-perkara yang berkaitan.

Nk berkongsi sedikit sebanyak:

Ilmu:


Dalam menimba ilmu, kita tidak boleh merasakan diri sudah cukup ilmu. Sudah betul. Tidak mahu menerima pandangan/pendapat orang lain. Sedangkan ilmu itu milik Allah Yang Maha Mengetahui. Tanpa izin-Nya, tidak mungkin kita mengetahui sesuatu perkara. Malah, akal kita merupakan kurniaan Allah pada makhluk bergelar manusia. Semoga kita semua dapat meneruskan pencarian ilmu dan memanfaatkan ilmu yang diperoleh.

Islam itu sesuatu yang asing(janggal):

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]


http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1893

Zaman ini, orang-orang yang mengamalkan Islam sepenuhnya, dengan pengharapan memperoleh redha Allah s.w.t, dianggap sebagai ganjil, pelik, poyo, etc.

Tatkala menasihati orang lain, dicemuh. Tatkala mengingatkan orang lain, disuruh menjaga tepi kain sendiri. Tatkala mengajak kepada kebaikan, menerima pelbagai alasan. Tatkala mencegah kemungkaran, wujudnya pula 'ketidaksediaan'.

Bacaan lebih lanjut: sila klik:)

Pesan penceramah:

Jadilah manusia yang sentiasa berfikir dalam melakukan sesuatu dengan ilmu yang Allah kurniakan agar dapat melakukan perkara yang diredhai Allah dan menghindarkan diri dari perkara yang dimurkai Allah/maksiat pada-Nya.

Solat

Solat itu diwajibkan ke atas semua orang Islam yang berakal dalam semua keadaan sekalipun sakit yang hampir mati.

"...serta dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, " (ar-rum, 30:31)

"...dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). "(al-ankabut, 29:45)

Sesungguhnya dalam melaksanakan solat itu, hendaklah dipelihara beberapa perkara. Antaranya;

1)Rukun solat

2)Khusyuk
- khusyuk ini tidak datang dengan mudah. Hendaklah dilatih diri mnghadirkan diri kepada Allah. Pesan ustaz dulu2 masa sekolah: 'Hendaklah kamu berusaha mengkhusyu'kan diri dalam solat (yakni mengingati Allah tanpa ada unsur yang lain)'. Andainya berjaya mewujudkan khusyu' dalam solat, mudah-mudahan di luar solat(dalam setiap apa yang kita lakukan) juga Allah akan hadir dalam hati dan setiap perkara yang kita lakukan.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, ..." (al-mu'minuun, 23:1-2)

3) Pelihara 5 waktu.
Sesungguhnya solat yang wajib itu ada lima waktu: Maghrib, Isya', Subuh, Zohor dan Asar.

"...dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. ..." (al-mu'minuun, 23:9)

Pesan penceramah:

Sama-samalah kita berusaha menjadi mereka yang mengekalkan solat iaitu mereka yang khusyu' dalam solatnya dan menyegeraka solat serta merindui/ternanti2 waktu solat yang seterusnya.

Orang-orang yang sentiasa berkeluh-kesah apabila ditimpa ujian atau orang-orang yang menerima kebajikan/kebaikan dan enggan memberikannya(berkongsi) kepada orang lain, maka dia telah terkeluar dari kalangan mereka yang mengekalkan/memelihara solat.

InsyaAllah.

Lebih lanjut tentang kitab munyatul musolli: sila klik

Ulasan(blog post) lain berkenaan kitab Munyatul Musolli: sila klik

Disclaimer: Sesungguhnya ini hanyalah satu perkongsian yang sekadarnya dari saya yang dhaif ini berkenaan apa yang saya faham n terima semasa pengajian. Segala khilaf harap dimaafi, segala yang baik moga dimanfaatkan bersama dan segala kesilapan atau kekurangan harap diperbetulkan/diperbaik.

Ya Allah, do give me strength...

Assalamualaikum w.b.t.

This is just a mere 'luahan hati'.

Few days back I was so depressed and demotivated when I was scolded by my clinical mentor in a mock OSCE(Objective Structured Clinical Examination). Hardly able to perform basic skills and failing to answer the pathogenesis of orthopnea-> I was scolded. Perhaps some may think that it was unfair to me since I am such a newbie and I am still learning. Yup, that is so true. Looking back(tadabbur- baru taw maksud sebenar perkataan ni dari segi bahasanya td. Thnx to Ustaz Zaidi for the info), it is not that I was not taught. In fact, my mentor had taught me everything she possibly could. The question is: did I utilise the knowledge? Did I do as she says: "Medicine is about practice, practice and practice". The answer is: no. I hardly practice except a few hours/minutes before the thing started. That caused me to tense up and became anxious and nervous-> hardly able to utilise I had learnt before. Pathetic. One word I could describe myself. Actually, that is the reason I was so depressed and demotivated - realising that I could had done better, provided I did what she says. It is not that I could not do it, it is just a mere fact that I should not taken this lightly. Life is what I deal with. Later on, insyaAllah, if I ever become a doctor. It is not shoes as like a clobber nor woods and tools like a carpenter. LIFE. Allah's most precious gift, provided that sole life is devoted to Allah. Allahua'lam.

Terjemahan Hadith #36:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w: baginda bersabda "Barangsiapa yang membebaskan orang mu'min dari kesempitan dunia, maka Allah akan membebaskannya dari kesempitan hari qiamat. Dan barangsiapa yang memudahkan orang yang mengalami kesulitan maka Allah akan memberikan kemudahan kepadanya di dunia dan di akhirat. Dan barangsiapa yang menutup aib orang Muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Allah menolong seorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya. Dan barangsiapa meniti satu jalan untuk memperoleh ilmu maka Allah akan permudahkan jalan baginya menuju syurga. Dan tidaklah suatu kaum berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, kecuali turun kepada mereka ketenteraman, mereka diliputi rahmat, dan para malaikat berkerumun di sekelilingnya, dan Allah menjadikan makhluk yang di sisiNya (malaikat) menyebut-nyebut mereka. Dan barangsiapa yang amalnya selalu terlambat maka nasabnya tidak dapat mempercepatkannya.
(Diriwayatkan oleh Muslim dengan lafaz ini)


Ya Allah, grant me the strength I need to carry out this life as You would please and a life which benefits others'.

Life is not about living. It is about utilising it well. A reminder. For myself and you too.

memo: I hope my posts benefits you even a little bit. InsyaAllah

Wednesday, October 13, 2010

Saya...

Assalamualaikum w.b.t n salam perkenalan

Hari ini, semalam dan sebelumnya...

Saya sentiasa berfikir:
alangkah lemahnya diri ini
yang tertekan dek kesibukan kerja
yang lemah hanya kerana kekurangan rehat
yang terganggu apabila kelaparan
yang hilang tumpuan bila kepenatan...
yang menginginkan kesenangan bila kesukaran menjelma
yang kehilangan arah tujuan bila berasa tidak suka...

sedangkan...
ramai lagi yang berjuang
berusaha sebaiknya
tidak kira penat lelah
senang susah
malah ada yang dalam serba kekurangan

mungkinkah aku kufur dgn nikmat-Nya
mungkinkah aku lupa siapa diriku
mungkinkah aku alpa dengan kebenaran-Nya

mengapakah aku mengharapkan kesenangan sekarang ini
bila yang lain mengharapkan kemenangan di akhirnya
mengapakah aku mengatakan diriku sibuk
bila yang lain terlalu sibuk untuk mengatakan mereka sibuk
mengapakah diri ini mula kelelahan
bila yang lain saling memberi kekuatan

mungkinkah diri ini menyisihkan diri secara tidak disedari
ataupun tersisih... tidak mungkin
mungkinkah diri ini enggan memberikan kepercayaan
hingga akhirnya memakan diri sendiri
mungkinkah diri ini mengharapkan sedikit perhatian
bila kasih-Nya adalah segala-galanya

Popular Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More