Saturday, October 16, 2010

marilah...

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, lepas maghrib td diberikan kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu berkenaan pengajian kitab Munyatul Musolli Karangan al alim Syeikh Daud Bin Abdullah al Fathoni dan juga perkara-perkara yang berkaitan.

Nk berkongsi sedikit sebanyak:

Ilmu:


Dalam menimba ilmu, kita tidak boleh merasakan diri sudah cukup ilmu. Sudah betul. Tidak mahu menerima pandangan/pendapat orang lain. Sedangkan ilmu itu milik Allah Yang Maha Mengetahui. Tanpa izin-Nya, tidak mungkin kita mengetahui sesuatu perkara. Malah, akal kita merupakan kurniaan Allah pada makhluk bergelar manusia. Semoga kita semua dapat meneruskan pencarian ilmu dan memanfaatkan ilmu yang diperoleh.

Islam itu sesuatu yang asing(janggal):

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[Hadith Muslim no. 145]


http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1893

Zaman ini, orang-orang yang mengamalkan Islam sepenuhnya, dengan pengharapan memperoleh redha Allah s.w.t, dianggap sebagai ganjil, pelik, poyo, etc.

Tatkala menasihati orang lain, dicemuh. Tatkala mengingatkan orang lain, disuruh menjaga tepi kain sendiri. Tatkala mengajak kepada kebaikan, menerima pelbagai alasan. Tatkala mencegah kemungkaran, wujudnya pula 'ketidaksediaan'.

Bacaan lebih lanjut: sila klik:)

Pesan penceramah:

Jadilah manusia yang sentiasa berfikir dalam melakukan sesuatu dengan ilmu yang Allah kurniakan agar dapat melakukan perkara yang diredhai Allah dan menghindarkan diri dari perkara yang dimurkai Allah/maksiat pada-Nya.

Solat

Solat itu diwajibkan ke atas semua orang Islam yang berakal dalam semua keadaan sekalipun sakit yang hampir mati.

"...serta dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, " (ar-rum, 30:31)

"...dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). "(al-ankabut, 29:45)

Sesungguhnya dalam melaksanakan solat itu, hendaklah dipelihara beberapa perkara. Antaranya;

1)Rukun solat

2)Khusyuk
- khusyuk ini tidak datang dengan mudah. Hendaklah dilatih diri mnghadirkan diri kepada Allah. Pesan ustaz dulu2 masa sekolah: 'Hendaklah kamu berusaha mengkhusyu'kan diri dalam solat (yakni mengingati Allah tanpa ada unsur yang lain)'. Andainya berjaya mewujudkan khusyu' dalam solat, mudah-mudahan di luar solat(dalam setiap apa yang kita lakukan) juga Allah akan hadir dalam hati dan setiap perkara yang kita lakukan.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, ..." (al-mu'minuun, 23:1-2)

3) Pelihara 5 waktu.
Sesungguhnya solat yang wajib itu ada lima waktu: Maghrib, Isya', Subuh, Zohor dan Asar.

"...dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. ..." (al-mu'minuun, 23:9)

Pesan penceramah:

Sama-samalah kita berusaha menjadi mereka yang mengekalkan solat iaitu mereka yang khusyu' dalam solatnya dan menyegeraka solat serta merindui/ternanti2 waktu solat yang seterusnya.

Orang-orang yang sentiasa berkeluh-kesah apabila ditimpa ujian atau orang-orang yang menerima kebajikan/kebaikan dan enggan memberikannya(berkongsi) kepada orang lain, maka dia telah terkeluar dari kalangan mereka yang mengekalkan/memelihara solat.

InsyaAllah.

Lebih lanjut tentang kitab munyatul musolli: sila klik

Ulasan(blog post) lain berkenaan kitab Munyatul Musolli: sila klik

Disclaimer: Sesungguhnya ini hanyalah satu perkongsian yang sekadarnya dari saya yang dhaif ini berkenaan apa yang saya faham n terima semasa pengajian. Segala khilaf harap dimaafi, segala yang baik moga dimanfaatkan bersama dan segala kesilapan atau kekurangan harap diperbetulkan/diperbaik.

0 comment(s):

Popular Posts

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More