assalamualaikum~
Terdetik nk tulis entry kali ni lepas dgr kuliah tafsir Ustaz Zahazan(surah ar-Rahman) yg mana ustaz ada sebut org Islam ni mesti ada dasar/prinsip aqidah yg kukuh. Satu masalah yg pernah(atau mungkin masih) melanda umat Islam ialah ketiadaan prinsip yg teguh. Contohnya, apabila ke bumi Barat, minum arak. Apabila ditanya mengapa, jawabnya "bila masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek"...
Betul tu~ penting utk kita pelihara aqidah. Islam ini salah satu cirinya thabat n murunah(Tetap/tegas dan fleksibel. maksudnya tetap dari segi hukum namun fleksibel dari segi pelaksanaannya). Contoh plg mudah: Solat itu hukumnya wajib, sehingga orang sakit pun masih wajib tapi ada keringanan(rukhsah) bagi yg musafir/terhad pergerakannya akibat sakit. Ataupun tayamum apabila ketiadaan air. Ataupun sutera yg diharamkan bagi lelaki tp dibenarkan sekiranya menghidap penyakit kulit(seperti kisah Abdul Rahman bin Auf r.a : ttg pemakaian sutera bg lelaki, klik sini).
Sy mgkin bukan ahli utk membincangkan isu ni jd cuma nk berkongsi skit pengalaman masa gi Persidangan Pelajar Antarabangsa dua tahun lepas. Dalam program tuh, peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil yg terdapat peserta dari pelbagai negara n salah satu ahli kumpulan saya ni ada seorg BBC(British-born Chinese). Dia ni sgt ramah dgn org lain(brdasarkan pemerhatian saya), tp xpernah tegur sy(dlm masa seminggu spnjg program tu) kecuali masa first-time jumpa(ice breaking). Saya pun xdela nk terasa sangat, lgpun ramai je org lain yg boleh nk borak2.
But then, on our last group meeting, I just tried to break the silence. So I asked him, "what made you chose medicine?"- biasala kn- soalan cliche... n so he gave quite a lengthy answer(which was quite unexpected) and worth giving a thought too. Onwards, we had quite a nice discussion and towards the end I made a statement(ni la msg yg ingin disampaikan sebenarnya): "I thought you didn't like me because you were so friendly with others but you hardly talk to me and in a way, I thought you are a cold and arrogant person because of that(saje nk provoke skit :P)"
n he gave me this surprising answer(but I am somehow relieved): "No, it's not that I dislike you but I am just afraid to approach you. Because you are a Muslim and I don't know what to talk about. I'm afraid I'd say things that might offend you."
I answered:" why did you think that way?"
BBC: "coz I have seen Muslims in my place(London) and they are not like Muslims- they drink alcohol, went to pub and etc...(dia ni xpernah jmpa Muslim 24/7 kot)... so when I met you, I am surprised and I didn't know much about Islam- what I should or should not say. It's not because I don't like you"
jadinya, lebih kurg cmtula... bukannya nk menunjukkan Islamophobia- tak langsung, they are actually respecting us, tp sebenarnya Islam ni yg memelihara kita dari banyak segi. Cuba bayangkan kalau org2 nih anggap sy ni cm peserta lain, sesuka hati je nk peluk, laga pipi, etc, kn bahaya tuh? Benarlah, Islam tidak memerlukan kita tapi kita yg memerlukan Islam.
59.Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah al-Ahzab, 33:59)
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
*diri ini masih lagi mencari diri sendiri n mengejar hidayah-Nya. Ya Allah yg memegang hati-hati, tetapkanlah hati kami dalam agama-Mu dan dalam ketaatan kepada-Mu
btw, suka entry ni (klik saya!)