Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah setelah beberapa hari tangguh buat entry kali ni…
Allah Maha Besar, Maha Agung. Dengan izin-Nya, kini saya menggalas amanah baru, di samping amanah dan tanggungjawab yang sedia ada. Bukan mudah untuk menerimanya, rasa takut dan gerun pun ada. Masakan tidak, nilaian Allah kini makin melebar ruang lingkupnya kepada mereka yang telah memberi kepercayaan kepada diri ini.
Andainya diri ini seorang, tidak terwujud amanah ini. Tanpa sokongan dari sahabat, tidak tergalas amanah ini. Tanpa keluarga dan sahabat yang memahami, tidak mungkin sanggup diri ini memikul tanggungjawab. Diri ini mungkin bukan yang terbaik, tapi insyaAllah berusaha menjadi sebaik mungkin. Sebagai hamba Allah, khalifah di bumi, ahli keluarga, sahabat, rakan seperjuangan dan banyak lagi…
Andainya diri ini leka, maka peringatkanlah…
Andai diri ini silap, maka tegurlah…
Andai diri ini salah, maka perbetulkanlah…
Semoga keluarga dan sahabat terus menyokong dan memberikan semangat buat diri yang lemah ni…
Bersamalah kita mengejar keredhaan Allah kerana itulah matlamat akhir setiap insan, maka andainya lalai dari matlamat itu, semoga Allah kembali memimpin kita ke jalan-Nya…
Xberani nak tulis banyak sebab risau xterbuat. Sesungguhnya firman Allah surah As-Saff:2-3
"Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?, amat besar kebencian di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yg tidak kamu kerjakan."
Jadi, saya mohon tunjuk ajar, nasihat, peringatan, teguran, kritikan dari semua, semoga menjadi lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah.
TQ sume^^
*p/s, insyaAllah petang ni akan bertolak ke ulu yam(Kembara Srikandi), tolong doakan keselamatan peserta n kelancaran program ye... moga semuanya sentiasa dalam naungan rahmat n barakah Allah...aaminn
0 comment(s):
Post a Comment