Sahabat itu cerminan
diri.
Sahabat itu yang
mengingatkan pabila diri alpa.
Sahabat juga yang
mengejutkan pabila diri terlena.
Sahabat juga yang
memimpin kembali diri ini tatkala hanyut entah ke mana.
Saya punya seorang
sahabat yang terlebih dahulu meninggalkan kami.
Manis orangnya.
Rajin serta
konsisten.
Pernah sekali beliau
menangis tidak dapat menyelesaikan soalan matematik.
Pernah beliau menangis kerna rindu akan kedua ibu bapa yang kejauhan.
Pernah beliau menangis kerna rindu akan kedua ibu bapa yang kejauhan.
Impian beliau
menjadi juruterbang, namun terpaksa dilupakan kerana rabun jauh.
Kemudian beliau
nekad untuk menjadi pakar perubatan forensik, tempias pengaruh drama CSI.
Tiga sahabat
kemudiannya berjanji - berusaha sehabis
mungkin untuk mencapai cita-cita: beliau untuk menjadi pakar perubatan
forensik; sahabat kedua ingin menjadi usahawan wanita berjaya dan saya dengan
hasrat untuk menjadi pakar bedah.
Kesungguhan beliau
jelas dalam usahanya saban hari.
Dalam mengejar
dunia, tidak pernah akhirat terabai.
Kewajipan seharian
ditunaikan, dihiasi dengan amalan sunat.
Setelah peperiksaan
PMR, masing-masing membawa haluan diri, berpindah ke sekolah pilihan
masing-masing.
Tidak sampai dua
tahun kemudian, berita pemergiannya mengejutkan dan menghibakan.
Air mata dan doa
mengiringi pemergiannya.
Biar jasad tidak
lagi bersama, semangat dan tekad beliau yang tidak pernah luntur menghidupkan
diri ini.
Agar diri sentiasa
ingat akan seutas janji itu.
Terus berusaha untuk
mencapai cita-cita.
Terima kasih
sahabat, kerana terus bersama dalam perjuangan ini.
Andainya kau tahu,
tidak terkira akan berapa kali diri ini putus asa dan culas.
Namun, kesungguhanmu
sahabat, dan perjanjian kita terus membakar api perjuanganku, biarpun ada
masanya malap, namun tidak pernah padam.
Moga kau berbahagia
di sana.
Moga kita bertemu
lagi di syurga-Nya.
Sungguh, ku rindu.